Friday, June 6, 2008

Babah orang vs babah penguin


Penguin mengeramkan telurnya selama musim dingin di kutub. Tahukah kamu yang mengeramkan telur bukanlah penguin betina, tetapi penguin jantan. Penguin betina hanya bertelur sebiji dan telur itu dierami oleh si jantan. Selepas bertelur penguin betina kembali ke laut. Selama empat bulan mengeramkan telur, penguin jantan harus menghadapi badai kutub yang adakalanya mencapai kelajuan 100 km/jam. Kerana harus menjaga telur, penguin jantan tidak mempunyai kesempatan berburu. Sumber makanan terdekat juga jauh, kira-kira dua hari perjalanan. Penguin jantan kehilangan setengah berat tubuhnya kerana berdiam selama empat bulan tanpa makan apa-apa, dan telurnya langsung tidak pernah ditinggalkan...

* Esok Hari Bapa... Selamat Hari Bapa, Babah!!!

2 comments:

wan_hazlan said...

kalau nak tgk reality penguin dan telo nyer dalam gaya yang lebih menghiburkan, tontonlah filem animasi 'Happy feet'.

netty said...

Anak kak net cukup suka citer Happy Feet..sampai kaki2 menari ala2 mumble...paling best bila dia sebut oh baby...cair! tak jadi nak marahpun