Wednesday, May 28, 2008

Berkorban yang akhirnya terkorban...


Coba kau dengar
Coba kau coba
Diam bila ku coba
Untuk berbicara dengan kamu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu
‘Tuk meluahkan rasa hati

Dan bila kau bersuara
Setia ku mendengar
Agar tenang kau merasa

Siapa sebenarnya aku padamu
Mungkin sama dengan teman lain
Yang bisa kau buat begitu
Dan bila tiada lagi teman bermain
Kau pulang mendapatkan aku
Itulah aku.. padamu

Coba kau lihat
Coba kau coba
Renung ke mata aku
Bila ku kaku melihatmu

Pernahkah kau ada
Bila ku perlu ‘tuk menyatakan rasa pedih
Dalam diri

Dan bila kau perlu
Setia ku menunggu
Agar senang kau merasa..

Maafkan kerana ku tak pernah
Terlintas ‘tuk menulis padamu
Salahkan…
Tak mungkin lagi aku meminta
Untuk kau mendengar… untuk kau melihat ke mataku.

Wednesday, May 21, 2008

Public transport...hanya untuk orang2 yang sabar!!!


Pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah tersebut secara amnya dianggap sebagai termasuk perkhidmatan rel dan bas, definasi yang lebih luas boleh merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi dsb. — mana-mana sistem yang mengangkut orang awam.


* Gue sampai skrg masih lg naik public transport... ari tu masa nak balik kg tiket bas ekspres abis jd gue terpaksa naik bas loncat...bukan main antik lg kan???

Tuesday, May 20, 2008

Kita kawan tak mau lawan...


Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu; Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

Monday, May 19, 2008

Prosa Gibran 2


* Kamu mungkin akan melupakan orang yang tertawa denganmu, tetapi tidak mungkin melupakan orang yang pernah menangis denganmu.


* Jika kamu tidak memahami teman kamu dalam semua keadaan, maka kamu tidak akan pernah memahaminya sampai bila-bila.


Patologi..pebenda tu???


Patologi merupakan cabang bidang kedoktoran yang berkaitan dengan ciri-ciri dan perkembangan penyakit melalui analisis perubahan fungsi atau keadaan bahagian tubuh.
Bidang patologi terdiri atas
patologi anatomi dan patologi klinik. Ahli patologi anatomi membuat kajian dengan mengkaji organ sedangkan ahli patologi klinik mengkaji perubahan pada fungsi yang nyata pada fisiologi tubuh.

* Tadi orang klinik baru tepon gue, katanya darah gue dah dibuat ujian patologi.. esok kena datang klinik amik result... suspens gue... mintak2 takde pape lah...

Prosa Gibran 1



Lebih baik menunggu orang yang kamu inginkan DARIPADA berjalan bersama orang 'yang tersedia'


Lebih baik menunggu orang yang kamu cintai DARIPADA orang yang berada di sekelilingmu


Lebih baik menunggu orang yang tepat karena hidup ini terlalu singkat untuk dibuang hanya dengan 'seseorang'....