Thursday, March 26, 2009

Kalau aku bukan orang UMNO...

Terlalu jumud minda sesetengah manusia. Apabila kita tidak memilih hitam, kita dituduh memilih warna putih – gaya fikir yang menghadkan warna kepada hitam dan putih sahaja. Terlupa pada wujudnya warna biru, merah, hijau, kuning dll. Petanda minda yang tidak bebas dan ortodoks. Meskikah kita yang sedar akan keadaan ini akur membuat pilihan di antara dua warna itu dan melupakan terus kewujudan warna-warna lain. Maka jelaslah apa yang dizahirkan oleh minda manusia jumud itu satu pengiktirafan.

Wednesday, March 25, 2009

Lenyaplah legasi Dr.Mahathir di dalam UMNO

Nasib Mukhriz tak sebaik Najib dan Hisham... Jadi sejarah UMNO apabila anak PM ditidakkan kepimpinannya. Bertuahnya KJ biarpun sekadar menumpang gelaran menantu... Apakah selepas ini Dr.M akan terus bersuara? Mampukah Najib membelakangi KJ yg kini menerajui sayap utama parti... Jalan masih panjang...yang pendek cuma akal ...

Wednesday, February 18, 2009

Pinjam...

23 Oktober 2008, aku beli dia dengan harga RM2. Aku bawak balik dan diletakkan di dalam akuarium kecik. Richard yang memang dah seminggu ada di rumah pun ada dapat kawan baru. Akuarium kecik dia orang tu diletakkan bersebelahan. Hepi betul budak-budak tu… Setiap pagi sebelum keja aku pastikan budak-budak tu diberi makan. Tertib budaknya tak pernah pun cakap lapa bila aku lambat bg makan.. sehat berenang ke hulur hilir.. mengadap satu sama lain tunjuk skill renang la kononnya. Setiap pagi seblm bg makan atau seblm pegi keja aku mesti bg salam kat budak-budak tu. Tapi pagi td dah tak macm biasa dah..Richard dah tinggal sorang… semlam mungkin dua tiga hari lepas Jefry telah pegi meninggalkan kami… Tghari smlm masa balik langkawi mula-mulanya aku ingatkan budak tu okey lagi..tapi bile dah ptg aku musyil nape air akuarium jefry kuning… bila tgk rupa jefry okey je.. si Richard pulak asyik ngadap muka Jefry..pelik!!! Melompat terus aku dr tilam…aku buka tutup akuarium Jefry..konpem Jefry dah mati…aku terus bawa pi sinki cuci akuarium dan arwahnye Jefry aku jemur atas awning org bawah…Sebak ati tp idaklah sampai menangis..sedih bila benda yg aku sayang dh pegi tinggalkan aku…Sedih bila tgok Richard dah takde kawan.. Sedih bila perkara yg memang dh terbiasa aku buat dah tak macam dulu lagi…Kalu dulu tiap minggu kena basuh dua akuarium skrg tak lagi..kalu dulu buka dua tutup akuarium untk bgi makan tp start pg tadi suma dah tak sama…Hilang dah sorang kawan aku kat umah.. Sedih sb bnyk benda yg terbiasa buat dh tak mcm dulu lagi… Balik ni cadang nak beli mkanan yg baru utk Richard..Hanya dia yg aku ada skrg ni…Aku kena jg dia baik2..pasni aku janji kalu pegi lama ke mana-mana pun aku akan bawak tak pun tinggalkan kat org jaga. Tak nak biar dia sendiri kat umah…cukuplah aku dah ilang Jefri… 12 sampai 16 Februari aku berseronok di Langkawi..dan dlm kegembiraan itu rupa-rupanye aku ilang sesuatu…huhuhuawaaa…

Aku okey je bila memikirkan logiknya apa yg ada kat dunia ni suma pnjaman...Jefri pun Allah pnjamkan untk mengisi hari2 aku..begitu juga apa saja yang aku ada suatu masa dulu... Tiba masanya Allah nak ambil balik maka aku pun kena terbuka biarpun mulanya agak rentan..tapi bila dah idup sorang2 ni aku makin kenal diri aku...aku makin redha dgan apa yg berlaku...dan dr hari ke sehari aku rasa hidup aku makin tenang...semoga Allah golongkan aku dlm golongan orang yg baik-baik..AMIN...