Thursday, March 26, 2009

Kalau aku bukan orang UMNO...

Terlalu jumud minda sesetengah manusia. Apabila kita tidak memilih hitam, kita dituduh memilih warna putih – gaya fikir yang menghadkan warna kepada hitam dan putih sahaja. Terlupa pada wujudnya warna biru, merah, hijau, kuning dll. Petanda minda yang tidak bebas dan ortodoks. Meskikah kita yang sedar akan keadaan ini akur membuat pilihan di antara dua warna itu dan melupakan terus kewujudan warna-warna lain. Maka jelaslah apa yang dizahirkan oleh minda manusia jumud itu satu pengiktirafan.

Wednesday, March 25, 2009

Lenyaplah legasi Dr.Mahathir di dalam UMNO

Nasib Mukhriz tak sebaik Najib dan Hisham... Jadi sejarah UMNO apabila anak PM ditidakkan kepimpinannya. Bertuahnya KJ biarpun sekadar menumpang gelaran menantu... Apakah selepas ini Dr.M akan terus bersuara? Mampukah Najib membelakangi KJ yg kini menerajui sayap utama parti... Jalan masih panjang...yang pendek cuma akal ...